Harga runcit RON97 turun sebanyak
sembilan sen seliter kepada RM2.46 seliter dan harga runcit RON95 pula
turun empat sen seliter kepada RM2.26 seliter, selepas 12 tengah malam
ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek berkata harga
runcit bagi minyak diesel pula dinaikkan tiga sen seliter kepada RM2.23
seliter.
Harga runcit RON97 kini ialah RM2.55 seliter, RON95, RM2.30 seliter manakala diesel ialah RM2.20 seliter.
Menurut Hasan harga baru ini akan berkuat kuasa hanya untuk Disember.
"Kerajaan akan mengikuti perkembangan
pasaran harga produk kos pada setiap masa dan kadar pertukaran matawang
untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan
berikutnya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, katanya semua syarikat
minyak dan pengusaha stesen minyak diminta mematuhi penetapan harga baru
itu dan jika ingkar, tindakan tegas akan diambil mengikut Akta Kawalan
Bekalan 1961.
Pada 21 November lepas, kerajaan
mengumumkan akan melaksanakan penetapan harga runcit bagi petrol RON95
dan diesel mengikut kaedah pengampunan terkawal mulai 1 Dis.
Kaedah pengapungan terkawal yang
diputuskan Kabinet itu adalah sebagaimana pelaksanaan penetapan harga
runcit RON97 sejak Julai 2010, katanya.
"Melalui kaedah pengapungan terkawal,
purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bagi bulan
berikutnya, ini bermakna jika harga pasaran minyak mentah dunia
meningkat, harga runcit RON97, RON95 dan diesel juga akan meningkat dan
begitu sekiranya berlaku sebaliknya (harga pasaran minyak mentah dunia
menurun)," katanya.
Comments
Post a Comment