1. Serangan Jantung : Berjalan boleh mengurangkan
risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari
pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.
Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke
dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja
sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki
tergopoh-gopoh.
Tidak banyak cara di luar dapat mengubati seperti
ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.
2. Stroke :Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu
pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki
sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga
dua pertiga.
3. Membakar Lemak :Rutin berjalan kaki akan
meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti
berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut
terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.
4. Melangsingkan Badan : jika anda kelebihan berat
badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu
menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis.
Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.
5. Kanser : Gejala kanser akan lenyap dengan
sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanser yang dimaksudkan adalah jenis
kanser usus besar (colorectal carcinoma).
Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan
peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan
oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian
lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.
6. Mencegah Osteoporosis : Sering berjalan bukan
hanya menyebabkan otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam
tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.
Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin
mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan
dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan
anda akan terhindar dari osteoporosis.
7. Mencegah Kencing Manis : Dengan rutin berjalan
kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah
berkembangnya diabetes, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National
Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).
Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara
bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan
berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari
diabetes.
8. Depresi :Berjalan kaki dengan cepat boleh
menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit
depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang
tengah depresi.
Comments
Post a Comment