Ketika
berkumandangnya azan, keadaan di pasar, pejabat, terminal serta
tempat-tempat lain masih hiruk pikuk dipenuhi umat muslim. Mereka tidak
bergegas memenuhi panggilan azan ini, bahkan ada juga yang melalaikan
solat lima waktu. Menunaikan solat tepat waktunya bererti melatih diri
untuk disiplin.
Bila kita mulai dari
disiplin solat, maka kita akan terbiasa melakukan disiplin-displin dalam
aktiviti-aktiviti lain. Solat tepat waktu bisa menjadi ukuran disiplin
bagi seorang muslim
Dari Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
"... Seandainya
orang-orang mengetahui pahala azan dan barisan (saf) pertama, lalu
mereka tidak akan memperolehnya kecuali dengan ikut undian, nescaya
mereka akan berundi. Dan seandainya mereka mengetahui pahala
menyegerakan solat pada awal waktu, nescaya mereka akan berlumba-lumba
melaksanakannya. Dan seandainya mereka mengetahui pahala solat Isya dan
Subuh, nescaya mereka akan mendatanginya meskipun dengan jalan
merangkak. "(HR. Bukhari).
Keutamaan solat tepat
pada waktu juga boleh menjadikan seseorang lembut hati dan dikurniakan
kesihatan yang baik. Untuk solat Isyak Nabi biasa mengerjakannya pada
sebahagian besar waktu malam.
"Telah bersabda
Rasulullah saw." Sekiranya tidak memberatkan umatku, tentu aku suruh
mereka mengundurkan isyak hingga sepertiga atau seperdua malam. "(HR.Ahmad, Ibnu Majah, Tirmizi).
Mesej Khalifah Usman bin Affan ra:
"Orang-orang yang
memelihara solat lima waktu dan mengerjakannya tepat pada waktunya, maka
Insya Allah, Allah akan memuliakan orang itu dengan sembilan macam
kemuliaan:
1. Dicintai Allah
2. Badannya sentiasa sihat
3. Dijaga oleh Malaikat
4. Diturunkan berkah untuk rumahnya
5. Mukanya akan kelihatan tanda orang yang soleh
6. Allah akan melembutkan hatinya
7. Dapat melalui jambatan Shiratal Mustaqim seperti kilat
8. Akan diselamatkan dari api neraka
9. Allah akan menempatkannya ke dalam golongan orang-orang yang tidak takut dan bersedih.
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com
Comments
Post a Comment