Penjenisan Ayat
- Ayat sebagai unit bahasa yang tertinggi boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk.
- Penjenisan ini dibuat berasaskan bilangan klausa dalam ayat berkenaan.
- Jika dipandang ayatnya dari segi ragamnya, kita dapati pula ayat aktif dan ayat pasif.
- Jika kita amati pula tujuan ayat, maka kita dapati pula ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seru.
- Sebelum ini kita telah melihat binaan ayat dan kita temui ayat dasar dan ayat terbitan.
- Di samping itu kita juga juga mengkaji pola ayat dasar.
Ayat Tunggal
- Ayat tunggal ialah ayat terbentuk daripada satu klausa, yakni ayat yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
- Ayat dasar juga adalah ayat tunggal, tetapi bukan semua ayat tunggal dapat dianggap sebagai ayat dasar.
- Ayat dasar merupakan ayat tunggal jenis ayat penyata dalam ragam ayat aktif.
- Ayat-ayat berikut ialah contoh ayat-ayat tunggal (subjek ditebalkan. Selainnya ialah predikat).
Ibu negara kita Kuala Lumpur
Gunung KInabalu gunung tertinggi di Asia Tenggara
Di dalam almari tali leher ayah
Nama encik siapa?
Berapakah keuntungan kita hari ini?
- Telah dinyatakan bahawa ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
- Subjek ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif.
- Begitu juga dengan predikat ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.
Ayat Majmuk Gabungan
Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang dibina oleh dua atau lebih klausa bebas dengan menggunakan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, serta, lalu dan sebagainya.
Koma mungkin digunakan jika gabungan terdiri daripada tiga atau lebih klausa.
Cuba teliti contoh di bawah.
(1) Aminah pandai menyanyi dan menari |
(2) Aminah pandai menyanyi |
(3) Aminah pandai menari |
Kedua-dua ayat (2) dan (3) dihubungkan dengan menggunakan kata hubung dan.
Klausa (2) dan (3) sama tarafnya iaitu klausa utama.
Lihat contoh berikut pula:
(1) Pengetahuan beliau sempit, kupasan-kupasannya cetek, serta contoh-contohnya pula tidak menarik. |
(2) Pengetahuan beliau sempit |
(3) Kupasannya cetek |
(4) Contoh-contohnya pula tidak menarik. |
Ayat (1) berasal daripada daripada ayat-ayat (1), (2) dan (3).
Ketiga-tiga ayat digabungkan menjadi satu ayat dengan menggunakan koma dan kata hubung ``serta.''
Semua klausa sama tarafnya, iaitu klausa utama.
Ayat majmuk gabungan boleh jadi ayat yang mengandungi fakta yang sejajar atau fakta yang bertentangan .
Untuk fakta yang bertentangan, kata hubung seperti dan, serta, tambahan, pula, sambil dan sebagainya digunakan.
Untuk fakta yang bertentangan, kata hubungan seperti tetapi, sebaliknya, padahal dan sebagainya digunakan .
Ayat Majmuk Pancangan
Ini bermakan dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa tak bebas atau ayat kecil.
Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubungan seperti yang, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya.
Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iatu ayat relatif, ayat komplemen, dan ayat keterangan.
Ayat Majmuk Pancangan | |||||||||
Ayat Relatif | Ayat Komplemen | Ayat Keterangan | |||||||
Ayat relatif terdiri daripada satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa terikat atau ayat kecil. Ayat kecil dipancangkan ke dalam subjek ayat utama atau predikat ayat utama dengan menggunaka kata hubung. Perhatikan contoh berikut:
| Ayat majmuk komplemen ialah ayat utama yang dipancangkan dengan ayat kecil yang seterusnya menjadi komplemen kepada ayat utama. Perhatikan contoh berikut:
Selain itu, subjek juga boleh diterangkan sebagai ayat kecil dan menjadi komplemen ayat utama. | Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat utama dan satu atau lebih ayat kecil yang bertugas sebagai keterangan kepada predikat. Contoh: Pemain hoki negara gagal kerana tidak bersedia. Oleh sebab dia memandu terlalu laju, Atan menerima empat saman. Ayat kecil dalam ayat majmuk keterangan menerangkan kata kerja dalam ayat utama, iaitu Pemain hoki negara gagal dan Atan menerima empat saman. Ayat majmuk keterangan dibina untuk pelbagai tujuan dengan menggunakan kata hubung yang tertentu. Contoh-contoh kata hubung dalam ayat keterangan:
| |||||||
Perhatikan pula contoh yang berikut:
| Lihat contoh berikut:
| ||||||||
Perhatikan lagi contoh berikut:
|
Ayat Majmuk Campuran
Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat.
Ayat ini mungkin terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk gabungan atau ayat majmuk pancangan.
Biasanya, ayat jenis ini panjang.
Panjang pendek bukanlah kriteria ayat majmuk campuran tetapi bilangan subjek dan predikatnya atau bilangan klausanya.
Perhatikan contoh-contoh di bawah.
Klausa utama ditandakan `U' dan bilangannya dinomborkan; ayat kecil ditandakan 'K' dan bilangannya dinomborkan.
contoh 1:
Negara mengalami masalah ekonomi (U1) tetapi keadaannya bertambah baik (U2) apabila pertumbuhan eknomi mula berkembang semula (K1). |
contoh 2:
Apabila kami tiba di Langkawi (K1) kami disambut oleh jawatankuasa (U1) dan kami diperkenalkan kepada Pegawai Daerah (U2) serta ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampun (U3). |
contoh 3:
Ketika pihak bomba sampai (K1) kebakaran itu mula merebak (U1) walaupun penduduk di situ cuba mengawal api (K2). |
contoh 4:
Projek-projek besar kerajaan diharap menjana pertumbuhan ekonomi negara (U1) dengan meluaskan pekerjaan (K1) serta menggerakkan pelbagai sektor ekonomi pembinaan (K1) serta menggerakkan pelbagai sektor ekonomi pembinaan (K2) selain menyediakan infrastruktur negara (U2). |
Susunan ayat
Ayat bukan sahaja dapat dilihat dari segi unsur yang mendirika ayat tetpi juga dari segi susunan unsur-unsur itu.JIk dilihat dari sudut ini, ayat terbahagi kepada dua bentuk, iaitu susunan biasa dan susunan songsang.
Ayat susunan biasa ialah ayat yang mendahulukan subjek dan mengemudiankan predikat. Ayat-ayat dasar yang telah dibincangkan ialah ayat susunan biasa.
Jika susunan biasa itu diubah dan predikat didahulukan, maka ayat demikian dikatakan ayat songsang.
Pendepanan boleh melibatkan bahagian-bahagian tertentu pada predikat, iaitu frasa kerja, frasa adjektif, atau frasa sendi nama.
Perhatikan contoh-contoh di bawah.
Adik-adik saya mandi lagi di sungai itu. |
Mandi lagi adik-adik saya di sungai itu (FK mandi lagi didepankan). |
Ahmad ke Langkawi dengan keluarganya. |
Ke Langkawi Ahmad dengan tunangnya (FS ke Langkawi didepankan). |
Ragam Ayat
Dalam penggolongan kata, kata kerja terdiri daripada dua jens, iaitu kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif.Kata kerja tak transitif ini pula ada dua bentuk, iaitu aktif dan pasif.
Ayat yang menggunakan kata kerja transitif aktif mengandungi subjek dan predikt yang mengandungi objek.
Dengan menggunakan imbuhan pasif di- atau kata bantu pasif kena, ayat transitif aktif dapat ditukar ragamnya menjadi ayat pasif.
Di samping itu, ayat aktf yang subjeknya terdiri daripada kata ganti diri orang pertama ( seperi saya, kami aku) dan orang kedua (seperti awak, kamu, engkau, anda) , kata ganti nama berkenaan boleh digunakan sebagai penanda pasif pada dasar kata kerja.
Ayat Aktif | Ayat Pasif | ||||
Subjek | Predikat | Subjek | Predikat | ||
Frasa Nama | Kata kerja | Frasa Nama (Objek) | Frasa Nama | Kata Kerja | Frasa Nama (Objek) |
Cikgu | memotong | rumput | Rumput | dipotong | oleh cikgu |
Kereta itu | melanggar | tembok | Tembok itu | terlanggar | oleh kereta itu |
Kucing itu | meratah | ayam goreng itu | Ayam goreng itu | kena ratah | oleh kucing itu |
Ayat yang sama apabila dipasifkan, mementingkan objek ayat aktif , yakni rumput, tembok itu dan ayam goreng itu, dan oleh sebab itu, objek tadi dijadikan subjek ayat pasif. (lihat jadual di atas)
Dalam hal ini berlaku perubahan peranan kepada frasa nama.
Ayat songsang
Ayat-ayat pasif yang dibentuk oleh kata ganti nama boleh didepankan predikatnya untuk menjadi ayat songsang. LIhat jadual di bawah:
Ayat Aktif | Ayat Pasif | ||
Subjek | Predikat | Subjek | Predikat |
Saya | mengarang puisi malam ini | Puiis ini | saya karang semalam |
Awak | mengukus kek itu untuk cikgu | Kek itu | awak masak untuk cikgu |
Kami | menanam pokok-pokok bunga itu | Pokok-pokok bunga itu | kami tanam |
|
Kata ganti nama diri saya, awak, dan kami bukan subjek ayat berkenaan.
Subjek ayat berkenaan ialah puisi, kek dan pokok-pokok bunga.
Ayat-ayat ini ialah ayat pasif songsang.
Predikat ayat-ayat berkenaan dicetak miring.
-
Ayat Inti -
- 1. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat selapis atau ayat tunggal.
- 2. Ayat inti menjadi dasar untuk membentuk ayat-ayat yang lain , iaitu yang dikenali sebagai ayat terbitan.
- 3. Ayat inti mempunyai satu subjek dan satu predikat.
- 4. Terdapat empat jenis ayat inti iaitu :
- a) Frasa nama + frasa nama
- Ayat inti ini subjeknya ialah kata nama dan predikatnya juga frasa nama.
- Contoh ayat
FN (subjek) FN (predikat) Kakak Arif doktor Mutusamy pelajar Pemuda itu mahasiswa - b) Frasa nama + frasa kerja
- Ayat inti ini subjeknya ialah kata nama dan predikatnya juga frasa kerja.
- contoh ayat
FN (subjek) FK (kerja) Abang membasuh kereta Nyonya Tan membeli ikan Murid-murid itu berlari - c) Frasa nama + frasa adjektif
- Ayat inti ini subjeknya ialah kata nama dan predikatnya juga frasa adjektif.
- contoh ayat
FN (subjek) FK (adjektif) Bunga ini wangi Kapak ini tumpul Bangunan itu tinggi - d) Frasa nama + frasa sendi
- Ayat inti ini subjeknya ialah kata nama dan predikatnya juga frasa sendi.
- contoh ayat
FN (subjek) FK (sendi) Ayah di kebun Mereka dari Terengganu Cenderamata untuk guru besar - Kata sendi mesti diikuti oleh kata nama untuk membentuk frasa sendi.
- contoh ayat
Kata sendi di, dari, untuk Kata nama kebun, Terengganu, guru besar
Comments
Post a Comment